Thursday 23 February 2012

Kisah Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab




Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”



Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti…

Tuesday 27 December 2011

ya Allah,MUDAHKAN HATIKU MENERIMA NASIHAT DAN MENGAMALKAN PERBUATAN ELOK



nasihat IMAM ABU HANIFAH tentang kehidupan:


jangan bakhil atau kedekut kerana perangai itu memalukan.


jangan pula tamak dan berdusta ,bahkan hendaklah sentiasa menjaga maruah.


sentiasa menghormati dan meminta ampun maaf kepada guru juga pendidik.


sentiasa menziarahi kubur guru dan tempat-tempat berkat.


bercampur dengan orang yang tidak baik hanya untuk menyeru ke jalan Islam.


jangan banyak memaki hamun dan mencala orang lain.


bersegera ke masjid setiap kali mendengar laungan azan.


jagalah rahsia jiran tetanggan dan jangan menyebar rahsia yang diamanahkan.


bencikan perkara yang hina disisi orang berilmu.


janganlah banyak bercerita atau bercakap kerana ia akan menjadi pembohongan.

Saturday 17 December 2011

ya ALLAH,aku jatuh cinta !

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..


Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…



Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu

Amin….



Tuesday 13 December 2011

7 CARA MEMUJUK RAKAN EMO

gambar hiasan
SECARA RINGKASNYA,PERKATAAN "EMO" DIAMBIL DARIPADA PERKATAAN "EMOSIONAL".EMOSIONAL DALAM KAMUS DEWAN EDISI KE-4 MEMBAWA MAKSUD,CENDERUNG MEMPERLIHATKAN EMOSI ATAU BERTINDAK MENGIKUT PERASAAN.SELALUNYA PERLAKUAN YANG DITUNJUK OLEH ORANG YANG EMO INI IALAH SESUATU YANG BERSIFAT NEGATIF : CONTOHNYA SEPERTI MEMCAMPAK BARANG-BARANG DI SEKELILINGNYA,BERCAKAP SENDIRIAN,MEMAKI HAMUN,MURUNG,BERTELEKU DI SUDUT BILIK,SENTIASA BERASA SERBA SALAH DAN BERBAGAI LAGI.


Apa yang patut kita buat untuk menghadapi rakan yang emo?insyaALLAH,di sini disebutkan 7 cara yang sesuai:


1.MENGAMBIL WUDUK
kita ajak rakan emo kita sama-sama mengambil wudhuk.Sambil memujuk,kita katakan bahawa air basahan wuduk boleh menyejukkan hati yang lara.Dengan syarat kita ikhlas.


2.MENULIS SESUATU YANG POSITIF
berikan beberapa helai kertas dan pen atau pensel kepadanya.Kemudian katakan kepadanya supaya menulis apa yang dicita-citakan di atas kertas tersebut.Sambil itu,kita katakan bahawa tulisan yang baik dan positif boleh merangsang fikiran ke arah yang lebih baik.


3.MEMUJINYA DENGAN SEADANYA
kita duduk dihadapannya sambil memerhatikan wajahnya.Kita katakan kepadanya bahawa dia seorang yang bijak dan cantik.Alangkah baiknya jika kebijakan dan kecantikan itu kita luahkan syukur kepada ALLAH.Dengan itu nanti,dengan izin ALLAH,ALLAH akan cantikkn hati kita dengan ketenangan dalam semua hal.


4.TUNJUKKAN KASIH SAYANG
tanyakan padanya kalau-kalau rakan emo kita itu hendakkan sesuatu seperti ; nak makan apa,nak minum apa,nak membaca apa,nak menonto apa...apa-apa sahaja asalkan perbuatan itu tidak melanggar syariat.Kalau boleh,kita lakukannya bersa-sama.


5.BERBUAL-BUAL DAN BERADA DI SAMPING
usah biarkan rakan emo kita duduk bersendirian atau melakukan apa-apa sahaka seorang diri.kita mesti turut serta.sebaik-baiknya biarlah kita berbual-bual dengannya sesuatu yang menggembirakan.tapi jangan sesekali kita melayan cerita emosinya.kita bawa perbualan yang menyenangkan.


6.MEMINTA MAAF
ringankan lidah kita untuk meminta maaf andai kita yang menyebabkan rakan emo kita menjadi begitu.mengaku kesalahan atau kesilapan kita walaupun bukan kita yang memulakannya.kita katakan padanya bahawa kita rindukan persahabatan yang terjalin sebelum ini.


7.PERLIHATKAN KEPADANYA BETAPA INDAHNYA ISLAM
jika rakan emo kita seorang yang degil,kita cari seseorang yang rapat dengannya untuk memujuk,seperti adik beradiknya,atau kawan karibnya,atau gurunya,atau sesiapa saja yang kita lihat ada potensi yang rakan emo kita itu dapat meluahkan perasaan.tetapi kita kena ingat,seseorang yang rapat dengannya itu biarlah yang mempunyai pegangan agama yang baik.kalau sebaliknya,ajaklah guru kaunseling atau ustaz/ustazah berjumpa dengan rakan emo kita itu.